Saturday, July 22, 2017

Mama's Amazing Race (Hanoi) - Day #2


Saturday, 22nd July 2017 - Let’s Start the Day, Proper


Kat sini bekpasnya adalah from 6.30am – 9.30am. Jangan tertipu, 6.30am tu dah terang tau, macam 7.30 sini. Mmmm….memang time dorg pon lewat sejam, so padan la gitu.

Kami turun dalam pukul 8 suku pagi. Orang xramai. Xla xde orang langsung, just xpenuh. Memang gitu kot.Tempat makan adalah ok, cosy and kecik comel je. Located at Level 6, took the entire floor, tapi still..kawasan yg kecik comel je. Maklum la..hotel pon kecik comel je.


The usual choice of meal for breakfast at hotels when we are overseas. Ape lagi boleh makan..balik2 buah and roti bakar je la..and cereal (yang tak sesedap macam Malaysia punya ๐Ÿ˜œ). Memang tak kenyang. Geram je tengok egg station yang kosong xde orang berato. Tapi, nak order omlette kang..mcm rase xbest pulak, sebab ada some sort of chopped sausages sebagai salah satu pilihan campuran untuk omlette tu selain daun bawang, cili, bawang dll. So as usual, whenever you have doubt, don’t go for it. Tapi, kami ada order boil eggs 4 bijik. Walaupun mintak soft boil, yang datang ke meja selalunya adalah very close to full hard boil. Sedih skit di situ huhuhuhu…. 



This is our hotel, Viola Royal & Spa. Bunyik macam best ek. It was ok. Very the comel, sandwiched between many other shops, in a very small street. Ala lorong2 kat Chow Kit giteww. But look can be deceiving. Nampak je luar macam tak seberapa. Kat dalam super cantik oooo. Masa amek gambar nie, memang dah bersandar kat dinding kedai seberang jalan dah, kecik tak keciknya jalan tu.


This is the panorama (horizontal) view of the front area of the hotel



And this is the panorama (vertical) view of the front area of the hotel. Altogether, 6 tingkat je.


Now..Let the 2nd Day Journey Begin!



Daripada hotel, kami gerak ke tepi Hoร n Kiแบฟm lake yang tak bape jauh daripada hotel


This is the boyfriend aka unofficial tour guide aka body guard aka chauffeur aka partner-in-crime. Yes, he's cute and he’s mine ๐Ÿ˜˜


Dua budak essaited yang bercita-cita nak menjelajah Hanoi city. Kita ukur jalan pakai kaki je la eh hari nie

Weather is super hot. Ikotkan panas dia lebih kurang sama je macam panas kat Malaysia. Tapi rasa macam lebih lembab. Panas dia menggigit dan sangat lembab. Memang peluh merecik abis basah baju2. But then again, kat Malaysia mana ada kita nak buat kerja gila jalan kaki merata kan. Dulu2 masa kecik2, jaman sekolah2 rajin la jugak buat kerja merepek tu. Sekarang memang berkereta je merata-rata. Panas kot. Hahahahaha....Tapi bila jadik tourist nie, kena la jalan. Baru la rasa tourist. Hahahahahihihuhuhu ๐Ÿ˜…


Seterusnya, kita jalan2 and sampai kat St Joseph Cathedral


Alang2 lalu sini, amek la gambar seketul dua, tiga, empat..






Sambung jalan semula..


Haa...gini la rupa warung makan dorg. Ada meja kcik and kusi kecik2. Ko duduk la situ. Orang warung yang masak pon masak kat tepi2 tu jugak. So far, memang banyak sangat warung kcik macam nie kat tepi2 jalan n lorong. Makanan yang dijual, macam2. Tapi mostly mee Pho dorg tu la atau benda2 sup2 yang sewaktu denganya.



Jalan2 kat sini kecik2 je. Muat2 (or hampir tak muat sebenarnya) untuk lalu 2 kete. Motor2 adalah sangat2 banyak. Mostly tak pakai helmet. Kalau pakai pon helmet dia sangat kecik, rupa dah ala2 baseball cap. Mungkin lebih kepada fesyen daripada keselamatan, kot la.



Jangan tak percaya, jalan cinonet macam nie pon ada traffic light tau ๐Ÿ˜ฎ
Mostly jalan2 kat dalam bandar nie, area kedai2, memang besar2 gini je la gayanya. Tapi kalau jalan kat luar betul, besar la lagi. Tak la kenit gini.



Next stop adalah Ho Chi Minh Mausoleum atau Ho Chi Minh Complex. Tu bangunan yang ada banyak pillars kat blakang tuu. Nampak tak orang berato punya la ramai nak masuk dalam tuh. So..kita abaikan la hasrat nak masuk dalam tu. Amek gambar jadik background pon dah dikira cukup la.


Jangan salah anggap tau, Ho Chi Minh nie adalah orang, bukan Ho Chi Minh bandar shopping Vietnam tu. 

Ho Chi Minh (Uncle Ho) ni merupakan orang yang sangat2 dibanggakan dan disanjung di Vietnam, sampaikan dibina satu kompleks khas untuk mamat nie sorang dia je kat tengah2 bandar Hanoi, di mana mayatnya disemadikan. Dia merupakan bapa kemerdekaan Vietnam yang jugak 1st presiden bagi republik tersebut.

 Credit: www.britannica.com


Since, kita detour daripada Ho Chi Minh Mousoleum, kita p pulak ke Ho Chi Minh Museum, yang terletak pada jarak lebih kurang 500m daripada kompleks tersebut.


Somehow En. boipren adalah sangat engrossed in reading all the historical events of Vietnam. At first, I was kinda...mcm boring je ๐Ÿ˜ช. But seeing him doing this, and then trying to relate to Rambo movies (ya, I grew up watching lotsa Rambo when I was a kid)... perhaps, why not?

Lagipun, we will have more stuff to talk about later, rather than just talking about the kids over and over again. Ya. So, it was kinda interesting and liberating anyway, having to understand the struggles and living nightmare they went through to achieve freedom. It dawn on me, Communism wasn't an option for the people at that time. The war made them Communist. Its their way of surviving and rising up to freedom. 

The visit to the museum gave me new perspective about Communism, hideous occupation by the Western people (in Vietnam's case, it's the French, Brits and American) not to mention the war itself. 

Somehow, they managed to portray all these information in a very light and effective way of documentation, to educate the viewers. They are very simple to understand, very easy to relate to. Good job Vietnam!



So this is us..sedang sejukkan badan. Kat luar tu panas gila. Kita duduk sini jap, minum air sebelum masuk dalam tengok exhibits.



This is the main (inner) lobby area


Skarang kita masuk dalam. En boipren masih terus tekun membaca. Sangat bagus. Dorg letak gambar2 dengan caption. So senang paham.


Sedang leka2 baca2 n tengok2 sume benda, sekali tengah hari musium tutup daa. Siap usher sume visitor keluar, then lock musium tu. Dua jam tu tutup, from 12pm - 2pm. So kitorang pon, lepak jap la kat area tempat makan nie. Nak beli makanan..urrmmm ๐Ÿ˜

Kalau perasan, itu adalah kelibat roti Gardenia Delicia Raspberry Susu & Kranberi. Jangan xtau, kami p jalan2 bawak bekal tau. Maklum la..niat berjalan adalah mencari destinasi2 untuk dilawati, so soal makan letak no.2. Asal bole alas perut sementara dapat cari kedai makan halal, kira ok la tu. 

Perjalanan adalah diteruskan..berjalan kaki ke kawasan2 sekitar tanpa hala tuju yang jelas. Kita tourist..kita ikot tour guide. Tour guide duduk, kita pon duduk la. Minum air tah bape botol tah..kencingnya tidak. Punya la panass..


Encik boipren adalah kepanasan. Xsesia beli kipas kertas bodohan bernilai RM2 drp org yang jual kat kaki lima tadi, besar kegunaannya dalam bahang terik tengah hari ni.  

Alhamdulillah..akhirnya, En. Boipren akan tour guide bawak kita p makan. Destinasinya adalah D'Lions Restaurant yang terletak di Cosiana Hotel, lebih kurang 2km daripada Ho Chi Minh Museum.


En. Boipren orderkan kita Nasi Goreng Kampung, VND 120K. Lebih kurang RM23 mcm tu kalau convert duit Malaysia.



Air pulak, kitorang minum Fresh Passion Fruit n Calamesi, VND80K (RM15).



Nie antara menu2 lain. Turut di order adalah Vietnamese Fresh Spring Roll. Iols nie xpenah makan popiah jarang tu kan, so macam tingin nak try.



Nampak tak muka orang keletihan di situ..



Nasi Goreng Kampung dah sampai! Hmm...rasa dia ok je la. Nasi goreng dia nasi goreng sayur je sbnrnya ๐Ÿ˜…
Tapi ada sate, ada ayam goreng n kopok...so not bad la.



Alaaa....nape popiah ini pulak yang datang. En. Boipren pilih popiah daging. Tapi kulitnya xjarang. Hmm..makan je la. Orang dah blanje, jangan banyak komplen tau. Rasa dia..mcm xde rasa sangat. Sihat betul la makanan org Vietnam nie. Penuh la bersayur2. Perisa pon kurang ๐Ÿ˜…
Tapi dah cicah kuah dia tu, bole la tahan jugak rasanya..


Abis makan...kita sambung jalan lagi. Destinasi seterusnya, Hoa Lo Prison, lebih kurang 700m daripada D'Lion Restaurant tadi.

Nampaknya, tour hari ni bertemakan sejarah rupenya ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Xpe la...sume adalah provided for kan, so kita layan je la. 

Eh eh pacik nie...bole pulak photobomb gamba kita tau. Fyi, susah nak cari orang Vietnam yang berisi. Selalunya sume kurus2. Sampaikan tengok polis2 atau guard2 yang pakai uniform tu, rasa kesian sb baju longgar2 je. Nak cari yang sado pon payah. Kesian.. ๐Ÿ˜…

Aktiviti membeli tiket nak masuk penjara


Lepas beli tiket, dapat la buku kecik nie


Nie struktur asal Penjara Hoa Lo



Pada 1993, lebih 80% kawasan penjara dirobohkan untuk beri laluan kepada pembangunan Hanoi Tower. So nie la baki yang tinggal dan dijadikan tapak sejarah untuk pameran dan lawatan sambil belajar, untuk tourist domestik & luar negara. 

Sekolah2 pon banyak datang melawat dan dorang akan aturkan aktiviti2 interaktif khas untuk student2. Satu inisiatif yang menarik dan tak boring untuk dorang belajar sejarah. Nice..




Main lobby Penjara



1st pic kat dalam penjara. Tempat Introduction.



Jom bergambar kat tinggalan pintu utama yang masih utuh



En. Boipren pon nak bergambar kat sini jugak




Inilah guillotine yang digunakan oleh penjajah Perancis untuk pancung kepala pejuang2 Vietnam



Bergambar kat luar pulak, dengan pintu tinggalan yang ada


Dia nak bergambar kat pintu jugak



Nie gambar di kawasan laman Penjara Hoa Lo, ada ukiran2 untuk memperingati mangsa2 yang dipenjara pada masa tu


Bergambar di kawasan laman penjara, tempat sama, view lain sikit.



Nie pon kat area penjara jugak. Tapi tempat apetah, dah lupa.

Tetiba nampak tangga naik atas. Baru perasan, kitorang belum naik lagi. Tadi ingatkan xbole naik ๐Ÿ˜…

Kat atas, ada bilik tayangan, tentang sejarah penjajahan di Vietnam. Cantik biliknya, deko yang soothing dan tak over. Video yang ditayangkan pon sangat informatif dan mudah faham. Dia pakai bahasa Vietnam je, selamba. Tapi ada subtitle. Dan subtitile menggunakan ayat2 yang jelas, mudah faham dan tak merepek (macam stengah2 subtitle kat Malaysia ๐Ÿ˜…)



Luar bilik tayangan ada semacam 'Hall of Fame', senarai nama memperingati mangsa2 dan pejuang2 yang terkorban masa perang




Bergambar kat mural pemandangan Penjara Hoa Lo suatu mas dulu, sebelum keluar


Orang suh kita amek gambar kat sini, kita pon berdiri je la tadah muka



Menarik, antara fridge magnet yang dijual kat kedai cendera hati kat Penjara Hoa Lo nie. Macam nak pegi tengok je ketapi nie lalu kat celah2 rumah kedai tu. Tapi apakan daya, En. Tour Guide kate xsempat, dah lepas. Huhuhuuu



Bergambar dengan pameran kat luar penjara


Haaa....sepanjang2 tepi penjara nie ada bahan pameran. Elok je cantik. Xde sape pon usik ke conteng ke, vandalise ke. Ayat2 mudah, ada gambar2. Seronok nak tengok & baca




Oo yeah...penat sudah hari ini. Sebelum jalan kaki balik semula ke Hotel tempat kita tinggal. En. Tour Guide suh berdiri sini amek gambar dengan Tulisan Highlands Coffee tu. Ikotkan je la..Senyum macam dah kurang ikhlas sebab dah penat ๐Ÿ˜…


Tengok3...amek kaww..16K steps. Padan la rasa tapak kaki macam nak kembang ๐Ÿ˜…
Ikotkan tak la banyak mane jalan nye. Pernah je jalan lagi banyak daripada nie. Tapi mungkin jugak sebab faktor cuaca yang amat panas buat rase kepenatan tu lebih skit. Anywayss...hari ini adalah hari yang sangat menarik, walaupun bertemakan sejarah gitewww.

Kita memang datang sini tanpa expectation. Memang xde langsung niat nak shopping ke hape. Niat datang nak jumpe boipren je...hahahahahaha

Makanya, anything is better than nothing. Kita anggap nie macam satu adventure trip giteww. Hence the name Amazing Race (amazing la sangat kannn ๐Ÿ˜…).



Nie sebahagian perjalaanan yang sempat di set guna Fitbit


Nie separuh lagi yang sempat set jugak.


Fitbit bole je auto detect exercise. Tapi kalau nak dia nampak peta2 mcm nie, kena set kita sedang buat aktiviti apa. So kalau teringat and sempat, dapat la. Kalau tak, dia akan tunjuk dashboard fitness info yang dia track je la.


Ok. End of Day #2. Nanti bila larat, kita sambung tulis day #1 and day2 yang lain pulak ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…