Thursday, January 31, 2008

Kisah Pau...Cerita kelmarin...

"Ayang nk pau ayam due, pau kaya satu".

aku masih melihat die. di balik cermin kereta. menunggu... die sedang beli pau. pau untuk aku, yang dari tadi bising kelaparan. dari jarak itu, di balik cermin kaca itu, aku bagaikan kembali ke masa silam. melihat die dengan kemeja yang lengannya sedikit tergulung dan seluar slacknya. satu pemandangan yang sering ku lihat satu ketika dulu. gayanya, belakangnya, leret senyum & kerlingan nakalnya. amat ku kenal. masih sama seperti dulu. masih sama seperti 10 thn dulu. die la budak lelaki itu. yang telah mencuri hatiku satu mase dulu. lantas hati ku digamit sebak yg shahdu. betapa saratnye limpahan sayang ku padanye. betapa bersyukurnya aku kepadaNya kerana mempertemukan kami. menyatukan hati kami hingga selamat diijabkabulkan menjadi pasangan yang sah. aku sgt2 sebak. melihat die dari jarak itu. aku xtau kenapa. xtertahan air mata yang bergenang di sudut mata. xdapat kubayangkan jika kehilangan die. yang amat ku sayang. sgt3 aku sayang. rasa syukur ku tak terhingga. lantas ku pohon..

"Ya Allah...jangan la Kau ambil die dariku. tak sanggup aku berpisah dengannya. lama benar ku tunggu hingga hari kami selamat disatukan. panjangkan jodoh kami. walau hingga kami mengadap Mu suatu hari nanti. ku pohon Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami kepadaMu. ku pohon jua Ya Allah, agar aku tetap menjadi isterinya apabila kami dibangkitkan kelak, walau apa pun jua keadaan kami. kami bertemu n bersama, telah ditentukan oleh Mu. maka peliharakanlah kami, hubungan kami & anak-anak yang akan lahir dari kami agar sentiasa berada dalam redhaMu, Amin Ya Rabbal 'Alamin".

'buk' pintu kereta dibuka. "Nah, pau". aku senyum padanya. ku ambil pau. aku masih senyum. "kenape?". "xde pape", kate ku masih tersenyum. ku seka titis air di sudut mata. biarlah hanya aku yg tau....

lalu ku bahagikan pau menjadi dua bahagian. "pau ayam". lalu ku cubit pau & ku sua ke mulutnya. kemudian, satu lagi ke mulutku. "xsedap!". tapi kami balun juga. dalam sesak jalanraya, selamat 3 1/2 bijik pau masuk perut kami.

dan esok paginya...kami berdua pon cirit-birit. xgune punye pau. nama pau tu, pau..pau....pau ape tah. tapi bukan pau roslan atau pau ahmad. sekian...

... :p tamat la kisah pau kali nie ...

No comments :